Thursday, November 21, 2024

Rumah Amal anak anak Yatim

𝐆𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐥 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚-𝐤𝐚𝐭𝐚

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah berpesan agar orang yang beriman kekal diam sekiranya tidak ada perkara yang baik untuk diperkatakan.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: 

“𝑆𝑒𝑠𝑖𝑎𝑝𝑎 𝑦𝑎𝑛𝑔 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑚𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑝𝑎𝑑𝑎 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑑𝑎𝑛 ℎ𝑎𝑟𝑖 𝑎𝑘ℎ𝑖𝑟𝑎𝑡, ℎ𝑒𝑛𝑑𝑎𝑘𝑙𝑎ℎ 𝑖𝑎 𝑏𝑒𝑟𝑘𝑎𝑡𝑎 𝑏𝑎𝑖𝑘 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑑𝑖𝑎𝑚...” 

(HR Bukhari [6475] dan Muslim [47])

Sebelum kita nak bercakap, cuba fikir kesannya kepada orang yang kita cakap tu, walau apa status sekali pun anak-anak ini semuanya dari Allah juga. Adakah anda menghina ciptaan Allah???

Lebih baik anda diam kalau anda tak nak tolong, kerana tiada paksaan, sedekah kenalah ikhlas barulah boleh pahala inysaallah.

Kalau anda rasa kami ni scammer, jemputlah datang check kami di No.52, Jalan Mulia 1/3, Taman Bukit Mulia, Bukit Antarabangsa, 68000 Ampang, Selangor

Memang kami masih kekurangan dana untuk membayar sepenuhnya kepada kontraktor bagi menyiapkan keseluruhan penambahbaikan kantin ini seperti yang telah kami rancang.

Jika dana tidak mencukupi kami akan buat sekadar yang termampu sahaja dahulu, kemudian hari jika ada duit lebih kami akan tambah lagi keselesaan anak-anak di sini untuk makan di kantin ini.

Jadi, jomlah jika sudi bantulah kami dalam memberikan keselesaan kepada anak-anak yang kurang bernasib baik di sini.

Semoga pahala jariah akan sentiasa mengalir kepada semua para penyumbang. Aamiin.

KLIK "𝐃𝐨𝐧𝐚𝐭𝐞 𝐧𝐨𝐰" untuk membantu kami atau hulurkan terus ke akaun di bawah:

8881057347345
AmBank
PERTUBUHAN ANAK YATIM DAN ASNAF AN-NAAFI SELANGOR

No comments:

Post a Comment