Sunday, October 12, 2014

Rumah Jagaan Orang Tua al-Ikhlas Puchong

Khidmat masyarkat

Assalamualaikum wbt. Sekadar tolong forwardkan rayuan dari Pengurus Rumah Jagaan Orang Tua al-Ikhlas Puchong. Bantuan yang diperlukan:

Bantal
Tuala
Cadar / Tilam
Selimut
Pampers (Pakai Buang)
Ubat-ubatan
Mesin Dialysis / Kereta Sorong
Beras / Telur / Biskut / Nestum / Susu / Cornflakes dll
Sejadah / Telekung / Al-Quran

Rayuan ini dibuat kerana semakin ramai org tua yg menghuni rumah ini:

1. Tiada waris yg mengambil mereka dari Hospital Serdang yg terpaksa menerima pesakit baru yg kian meningkat. Kebanyakan kes adalah menunggu masa utk kematian*

2. Dihantar oleh waris tanpa sebarang sebab, malahan ada yg ditinggalkan terbaring di tepi pagar pada mlm hari dan hanya dijumpai keesokan harinya dlm kesejukan dan ketakutan*

3. Menampung kos yg semakin meningkat. Kos bagi pengkebumian sahaja RM1,120. Kadar kematian di sini ialah 3-4 org sebulan*

Jika kita ingin melihat kematian sebahagian daripada bakal ahli syurga di sini lah tmpt yg paling sesuai. In-sya-Allah*

Semoga bantuan kita dpt meringankan beban mereka dan menjadi saham akhirat. Insya Allah!

SALURKAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA KEPADA RUMAH JAGAAN & RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS

Lokasi:
Rumah Jagaan Dan Rawatan Orang Tua Al-Ikhlas, Puchong

Alamat Penuh:
Lot 3530, Jln Bt 18, Kg Pulau Meranti, 47120 Puchong, Selangor

No. Hphone : 016-6786364
Diuruskan oleh:
Muji binti Hj Sulaiman (Jururawat)
Jumlah Pekerja : 5 Org
Status Rumah : Masjid Lama (Diwakafkan)
Jumlah Orang Tua : 30 orang
Nama Bank : Al Rajhi
Nama Akaun Bank :
RUMAH JAGAAN DAN RAWATAN ORANG TUA AL-IKHLAS
No. Akaun Bank:
1270 0106 1101 131

Sebarkan jika anda peduli. Semoga usaha kecil kita ini dihisab diakhirat nanti.

Tuesday, September 16, 2014

INISIATIF & KREATIF Untuk BERSEDEKAH


1. Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan d dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).

2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..

3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.

4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan

5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut. Lakukanlah ini pada setiap bulan.

6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).

7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah)

8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (Al Quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.

9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.

10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.

11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.

12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal

13. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu